24 April 2008

ToM ToM BaK


Mesti ada dikalangan korang, anak- anak atau adik2 korang suka tengaok citer tom tom bak.. anak aku tak ketinggalan gak minat citer tu.. tak kisah la kalu berulang2 kali siaran dia diulang.. dia tetap jadi peminat setia cerita tu.. kadang2 dengar muzik intro pun dia kat dapur leh berlari2 duduk depan tv… punyalah setia.. hehehheeh


Misi aku semalam mencari cerita tom tom bak ni utk di download.. dari rehat sampai nak balik aku cari tak jumpa2.. fedup rasa… aku try tanya member2 aku.. ada yg dengar terus gelak bila dengar aku cari citer tu…. tapi aku sabar dan berusaha tanya semua bdk ofis aku.. maybe ada sesetengah tu tak faham kehendak budak2… bukan nak di turuti sangat kehendak anak aku tu tapi kadang2 susah aku nak suh dia duk diam.. nak pakai pampers atau nak suap dia makan pun terpaksa aku kejar satu umah....penat wooo…..


Budak-budak dulu tak der pun camni kan… hahahaha.. bkn apa, sekarang ni dari kecik lagi budak2 dah didik dengan pelajaran dari tv.. kalu korg tak caya.. try kaji sendiri yer… bkn budak kecik jer.. aku kadang2 pun berkejar balik dari ofis sebab nak tengok citer Bella…


Dah pelbagai usaha aku cuba.. mcm2 aku search dalam internet.. tapi hampa.. . aku ada terjumpa satu forum ni citer pasal rancangan tu.. siap brader ni kata sapa nak citer tom tom bak leh private msg kat dia… dia pun peminat citer tu.. dengan rasa senang hati nya aku email lah dia… arap2 keesokkan hari nyer dapatlah balasan… pagi esok tu, aku hampa gak.. tiada balasan…


takper.. aku sabar… aku try lagi search…. Jumpa gak empunya forum ni bgtau dalam forum tu gak dia ada koleksi 1-6… aku pun apa lagi… antarlah email kat dia gak dengan ayat simpati..hehhehe.. harap2 dia mendengar permintaan aku…


keesokkannya…


pagi2 aku sampai ofis aku tengok ada balasan… dia ckp.. kalu nak download sendiri amik masa yg lama.. dan kalu nak, dia leh jual koleksi dia.. demi anak aku.. aku balas email tu… satu cd tu ada berapa koleksi? Bila leh dapat kalu beli?.. dan kalu nak download kat mana yer… aku send kat dia.. tapi sampai ari ni takder balasan.. dia ni nak jual ke takkkk???? Takper.. maybe dia sibuk…


aku try mencari no. telefon org pertama yg aku mintak tu.. ( nak sesuatu benda kena usaha.. betul tak?) aku antar sms kat dia… tapi dia balas.. dia kata dia takder koleksi tu.. pelik lak.. dia kata dalam forum tu dia ada koleksi tu.. aku try baca forum tu lagi sampai sepuluh kali ..sampai naik juling mata aku.. memang betul dalam tu dia kata dia ada… lepas tu dia balas.. maybe dia salah tulis dalam forum tu… tiba2 jer aku rasa tertipu.. aku ni tak boleh org tipu aku.. aku dapat rasa… kalu tak nak bg.. bgtau jerlah.. jgnlah tipu2 camtu sekali.. tension tau kena tipu.. huhuhu


usaha terakhir yg aku buat , aku try sms permintaan aku kat member2 yg ada no. dalam hp aku yg terer pasal computer ni.. adalah dalam sepuluh org.. org yg dah lama aku tak contact pun aku send sms tu... mana tau leh jejak kasih. tak sampai lima minit aku send smsm tu, member aku, abg wan balas sms aku.. dia kata dia akan tolong, tapi tak janji.. alhamdulillah, ada gak org nak tolong aku.. lepas tu ada lagi balasan yg aku terima.. dia ckp dia tak leh tolong sebab dia dah lama beralih dari dunia it ke dunia makanan ( bukak kedai makan).. tapi takper, aku berterima kasih gak sebab dia ingat kat aku lagi..inilah yg dikatakan sahabat, bkn teman semasa gembira jer.. teman semasa susah pun mereka sentiasa ada.


la ni aku tengah deal dengan owner forum k-rex untuk dapatkan koleksi tersebut.. harap2 berjaya... AMIN

No comments: